[Video] Gelagat rider wanita bayar tol guna Touch n Go cuit hati netizen

1396
Sebelum ini kita pernah melihat, tindakan penunggang motosikal menyelit dan berhimpit di lorong kereta sehinggakan pemandu tersebut terpaksa membayar tol sekali lagi.
 
 
Video yang tular perkongsian Tiktok @ann8nadzri ini lain pula kisahnya apabila sebuah motosikal membayar tol menggunakan laluan Touch ‘n Go.

 

Menerusi video berdurasi 18 saat itu menunjukkan penunggang dan pembonceng wanita tersebut beberapa kali menyentuh kad pada bahagian imbasan Touch ‘n Gonamun palang tidak terbuka. 



Bagaimanapun pekerja yang bertugas di kaunter tersebut menegur mereka dan meminta kedua-duanya melalui laluan kecil di tepi palang tol berkenaan.

Tindakan dua wanita itu menerima pujian daripada orang ramai walaupun situasi yang berlaku mencuit hati pengguna media sosial yang lain.

“Ni mesti baru pertama kali baru jumpa tol.

“Jangan pelik ye saya pun pernah buat macam ni sebab laluan moto tak selamat bagi saya, paku banyak, jalan rosak, samun dan lain-lain.

‘Aku rasa kawan tu baru balik lepas ambek booster kot.

@ann8nadzri

yg pelik2 je korang ni…hahaha#fypシツ♡ #🤣🤣🤣 #welcome2022goodbye2021

♬ bunyi asal – Din nenas – Din nenas

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here