Kerana warga Rusia, pemilik Chelsea dikenakan sekatan perjalanan dan kapal layar bakal dirampas

1350

Beberapa kapal layar mewah milik golongan elit Rusia disita di seluruh dunia ketika Barat meneruskan sekatan ke atas mereka yang didakwa mempunyai hubungan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Tidak terkecuali, kerajaan United Kingdom turut bertindak membekukan aset dan melakukan sekatan perjalanan ke atas pemilik kelab bola sepak Chelsea, Roman Abramovich.



Pemilik pasukan Liga Perdana Inggeris itu salah seorang daripada tujuh golongan elit Rusia yang dikenakan sekatan termasuk bekas rakan perniagaannya, Oleg Deripaska.

Antara sekatan yang dikenakan ke atas Abramovich, adalah pembekuan asetnya, bermakna kapal layar dan jet peribadinya berisiko dirampas, sekali gus tidak boleh meneruskan penjualan kelab juara Eropah dan dunia itu.

Menurut pemantauan Marine Traffic, kali terakhir kapal layar Solaris 140 meter itu dilihat berlayar sekitar Barcelona, ​​Sepanyol untuk penyelenggaraan. Namun tidak diketahui  destinasi seterusnya.

Kapal layar Solaris tersebut dianggarkan berharga sekitar AS600 juta (RM2.5 bilion), dan menurut sumber Bloomberg Abramovich dianggarkan mempunyai nilai bersih AS13.7 bilion (RM57 bilion).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here