Alex Rins temui batu kerikil dalam baju selepas GPIndonesia

6703

Pelumba pasukan Suzuki Ecstar, Alex Rins hanya mampu berpuas hati tangga kelima selepas dipotong Fabio Quartararo dan Johann Zarco.

Selepas perlumbaan GP Indonesia, Rins berkongsi pengalaman pertama berlumba di Litar Mandalika yang mana dia mengalami kesulitan ketika di selekoh akhir kerana bentuk litar yang mendaki.



Tetapi, kejadian selepas perlumbaan lebih mengejutkan. Rins memberitahu menemui banyak batu kecil hitam di bahagian dada sebaik membuka baju lumba.

Rins bersyukur perlumbaan berlangsung dalam keadaan hujan dan akan lebih ngeri jika perlumbaan berlaku ketika litar kering.

“Aku sangat sangat risau dengan keadaan litar dan itu merupakan perlumbaan yang sukar dan aku cuba untuk tamat dengan podium.
 
 
“Ketika Zarco dan Fabio memotong, aku sedar mereka lebih laju. Di situlah peluang aku berakhir, tetapi mendapat tempat kelima dalam grand prix pada saat kami sangat menderita, kami harus bahagia,” katanya.
 

Tambahnya keadaan hujan lebat membuatkan Rins berfikir perlu pulang dan perlumbaan tidak akan berlangsung.

“Untungnya hujan berhenti, apa yang dilakukan wanita dengan mangkuk (pawang hujan) itu berhasil,  jadi aku senang,” katanya ketawa kecil.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here