Axia terbalik langgar dua ekor lembu

2035

Pemandu Perodua Axia berdepan detik cemas apabila terlanggar dua ekor lembu di Jalan Pamalan berhampiran Lembaga Getah Malaysia (LGM), Sabah. 

Dalam kejadian 5.30 pagi itu, Perodua Axia yang dipandu lelaki berusia 37 tahun terbabit turut terbalik akibat kemalangan berkenaan.



Difahamkan, akibat perlanggaran tersebut kedua-dua ekor lembu berkenaan mati di tempat kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.43 pagi sebelum sepasukan 11 anggota bersama jentera dihantar ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, mangsa sudah keluar dari kenderaannya dan tidak mengalami kecederaan. Anggota bomba kemudian membuka kepala bateri kereta sebagai langkah keselamatan,” katanya. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here