Perodua dedah muka depan kit badan GearUp Myvi Facelift

1737

Perodua baru saja mendedahkan video pendek kit badan GearUp bagi Myvi facelift selepas bocor imej kit badan berkenaan sebelum ini.

Bagaimanapun, video tersebut hanya menunjukkan muka depan Myvi yang mana sama dengan kit badan pada imej yang bocor.



Menerusi klip video berkenaan mengesahkan lip bawah depan menggunakan kemasan hitam berkilat begitu juga pada sisi bampar yang menyerlahkan rekaan X  agresif.

Dengan tagline Ace Your Style, Perodua menyatakan kit GearUp itu bakal tiba di pusat jualan dalam masa terdekat.

Berdasarkan imej yang bocor sebelum ini, Myvi facelift dengan kit GearUp didatangkan dengan skirting sisi berwarna hitam. Sementara bahagian GearUp belakang tidak segarang depan.

Spoiler ringkas digantikan dengan saiz yang lebih besar dengan dua rona warna. 

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here