Rider: Pelanggan minta hantar pesanan ikut pintu belakang

689

Seorang penghantar makanan hairan apabila pelanggan meminta menyerahkan pesanan melalui pintu belakang.

Nadzri Abdullah, 25, berkata kejadian berlaku pada hari pertama Ramadan tahun ini yang melibatkan seorang wanita tidak berpuasa.

gambara hiasan

Wanita itu sendiri memberitahu dia tidak berpuasa dan bimbang jika perkara itu diketahui ahli keluarga dan jiran.



“Dia maklumkan melalui nota pada aplikasi pesanan yang meminta saya hantar ikut pintu belakang. Saya rasa pelik sebab tidak pernah lagi jumpa pelanggan sedemikian.

“Selain itu, ada juga pelanggan yang beragama Islam menggunakan nama bangsa lain seperti Raju untuk membuat pesanan. Apabila sampai ke destinasi penghantaran, baru saya tahu siapa yang buat pesanan kerana saya kenal ayahnya. 

“Sebagai rider, kami cuma melaksanakan tanggungjawab sahaja. Kami hanya bersangka baik. Lebih daripada itu bimbang jadi fitnah pula,” katanya.

Seorang lagi penghantar makanan, Mohd. Fadlullah Mohd. Termizi, 37, memberitahu, awal pagi dan tengah hari menjadi waktu pilihan pelanggan beragama Islam membuat pesanan pada bulan puasa.

“Bagaimanapun, saya mengambil pendekatan berfikiran positif. Mereka mungkin membuat pesanan untuk ahli keluarga yang uzur dan anak yang masih kecil.

“Saya bukan tidak mahu menegur, tetapi bimbang menjadi masalah lain pula. Masing-masing sudah besar dan boleh membezakan mana yang betul atau salah,” katanya menambah rata-rata yang terlibat majoritinya adalah golongan muda..

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here