Warga Singapura terciduk lagi, kali ini guna Shell Recharge Tangkak secara haram

1895

Selepas isu warga Singapura menggunakan RON95 bersubsidi kini timbul pula kisah lain apabila sebuah van dengan nombor pendaftaran Singapura menggunakan kemudahan pengecasan EV secara haram. 

Van elektrik BYD M3 itu menggunakan pengecasan pantas 180 kW Shell Recharge DC di Tangkak, Johor.



Imej tersebut turut dikongsi oleh Instagram Pak Cik Shell yang kecewa dengan tindakan lelaki berkenaan. 

Shell Recharge merupakan perkhidmatan berbayar menerusi aplikasi ParkEasy. Apabila bayaran dibuat penghalang pada ruangan parkir akan diturunkan supaya pengguna boleh meletak kenderaan untuk menggunakannya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shairan Huzani (@pakcikshell)

Pengecas DC itu sendiri tidak memerlukan sebarang pengesahan, kerana itulan van tersebut dapat menggunakan fasiliti itu tanpa bayaran.

Bayaran pengecasan terdiri daripada yuran pengesahan RM4 dan bayaran pengecasan RM20 bagi setiap lima minit pengecasan untuk 25 minit pertama, dan RM20 untuk setiap blok lima minit selepas itu.

Dalam tempoh sejam pengguna perlu membayar RM240 (tidak termasuk yuran pengesahan).  

“Kami mahu menggalakkan lebih banyak syarikat melabur dalam infrastruktur untuk mobiliti masa depan. Jadi marilah kita melakukan perkara yang betul membina rangkaian pengecasan EV merentas negara,” kata pakcik Shell.

Sikap lelaki Singapura yang tidak bertanggungjawab itu tidak perlu dicontohi dan seharusnya anda perlu bijak membawa diri di negara asing. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here