Bengang tawar harga mengarut, penjual Civic beri alamat palsu kemudian lakukan ini kepada pembeli….

1498

Seorang mekanik kereta, Janis Drikis mengiklankan jualan Honda Civic lama miliknya di ruangan Marketplace pada harga RM3,025 yang mana begitu murah bagi model terpakai.

Iklan itu menarik perhatian seorang pembeli bernama Charlie. Pemilik perusahaan barangan lusuh itu menawarkan harga RM1,373 tunai dan memberitahu akan mengambil kereta tersebut dengan segera jika penjual bersetuju dengan harga berkenaan.



Bagaimanapun, tawaran hampir separuh daripada harga sebut itu membuatkan Janis marah. Jelasnya harga tersebut boleh dirunding tetapi bukanlah seperti harga tawaran Charlie kerana ada pembeli lain yang meminta antara RM2,200 hingga RM2,500.

Bagi mengajar Charlie agar tidak melakukan perkara sama kepada penjual lain, Janis bersetuju dengan tawaran tersebut lalu memberi alamat palsu.

Lokasi yang dikongsi Janis memerlukan Charlie memandu sejauh 138km sehala selama dua jam dan dia terpaksa mengambil cuti untuk mencari alamat tersebut.

Sebaik tiba di lokasi Charlie tidak menemui rumah Janis. Dia menerima mesej Janis yang memintanya ke hospital berhampiran untuk membuat pemeriksaan kepala kerana menawarkan harga tidak masuk akal.

Dalam kenyataan balas, Charlie memberitahu hanya membantu anaknya menjalankan perniagaan barangan lusuh dan Honda Civic tersebut tidak memiliki sijil kelayakan memandu (MOT) sah di jalan raya dan turbo yang rosak.

Tambahnya, Civic itu memerlukan kos baik pulih RM5,500 bagi membolehkannya menerima sijil MOT dan dipandu. Kerana itulah Charlie menawarkan harga barangan lusuh yang merupakan nilai tertinggi yang mampu ditawarkan.

Janis memberitahu dia boleh mendapatkan harga lebih tinggi sekiranya ingin melupuskan Civic tersebut.

“Honda Civic itu boleh dipandu semula dan mendapatkan sijil MOT pada kos RM715 saja,” katanya. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here