Manusia tanpa kepala muncul di Google Maps

1304

Seorang pengguna aplikasi peta, Google Map menemui imej pelik seorang lelaki yang memakai sut perlindungan tanpa kepala dan kaki.

Seorang pengguna di Reddit menamakan lelaki tanpa kepala itu sebagai watak Hollow Man versi Covid-19.



Imej manusia yang berdiri di tengah jalan kawasan Limbungan Tentera Laut Brooklyn,  Bandar Raya New York itu membuatkan anda menggarukan kepala. 

Dalam tinjauan virtual kawasan tersebut boleh dilihat manusia berkenaan kelihatan seronok menari dan bermain di sekitar kawasan itu.

Tiada petunjuk tentang siapakah individu berkenaan mahupun bagaimana ia berlaku, tetapi ada satu imej menunjukkan manusia dengan sut putih bersandar pada pokok berhampiran.

Setelah dia hilang dari kawasan itu, seekor camar pula dirakam betul-betul di depan kereta Google Maps yang sedang melakukan operasi pemetaan, namun apabila kamera mendekati kawasan itu, imejnya mulai kabur. 

Gambar itu dirakam pada Mei 2021, namun baru dikesan oleh pengguna-pengguna Google Maps.   

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here