Nak ‘tolak’ skru main jet NOS RX-Z harga RM3,500..demo dok kenal barey!!

1942

Tular di media sosial apabila seorang pengguna Facebook ingin menjual sebiji skru ‘main jet’ karburator  Yamaha RXZ pada harga RM3,500.

Menerusi perkongsian di laman Facebook sebuah kelab permotoran, skru itu dijual oleh seorang individu yang mendakwa dibeli daripada Yamaha Jepun.



“NOS main jet RXZ untuk dijual, main jet ini beli kat HQ Yamaha Japan, setakat setting carb guna main jet buatan Thailand tu baik tak payah ramp buat maluje bunyi mesin rumput.

“Main jet ni kalau kat Jepun orang-orang kat sana swap dengan dua biji karburator Yoshimura boss, tupun siap berlutut nak swap.

“Budak-budak yang baru nak jadi idola tu tryla beli main jet ni konfem abang-abang kenal bare terduduk dengar bunyi ting…ting RXZ korang,” tulisnya. 

Menurut individu tersebut, skru itu masih baharu (New Old Stock) dan tidak pernah digunakan.  Skru berkenaan digunakan bagi mengawal kemasukan petrol ke dalam karburator bagi sesebuah motosikal.

Harga skru berkenaan dalam talian tidak sampai RM10 sebenarnya dan perkongsian tersebut mendapat kecaman daripada netizen kerana harganya yang tidak masuk akal.

“Duduk malaysia ni senang buat duit, asal barang pupus je ‘claim rare’ harga sampai RM3,000. Harga tu boleh beli motosikal, boleh juga bawa orang tua ke masjid.”

“Dulu aku beli RM2.50 je kat kedai ‘sparepart’, sekarang jadi RM3,500 dah,.”

“Barang boleh buat, jumpa pandai besi tiru la balik,yang nak beli harga beribu tu buat apa.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here