Pemilik Yamaha RX-Z 1985 tolak tawaran jual dengan harga RM50,000

3409

Sekiranya anda mengikuti perkembangan Yamaha RX-Z, pastinya anda cukup tahu motosikal yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 1985 ini masih lagi menjadi menjadi igauan dan mengumpul jumlah peminat yang ramai sehingga kini.

rx-z 1985

Terbaharu, tular pula sebuah kisah di mana seorang pemilik berusia 58 tahun yang menolak permintaan ahli perniagaan selepas ditawarkan untuk menjual Yamaha RX-Z keluaran 1985 miliknya dengan nilai RM50,000.



rx-z 1985

Pemilik yang bernama Nik Zahari atau lebih dikenali sebagai Tok Ngoh Nik memaklumkan dia masih belum bersedia untuk menjual motosikal yang dibelinya pada tahun 1985 dengan harga RM3,300 secara ansuran tersebut.

Malah, menurut Tok Ngoh Nik, nilai yang ada pada motosikal tersebut serta menjadi peneman beliau berkonvoi ke seluruh negeri antara yang membuatkan beliau tidak sanggup menjualnya pada nilai berapa sekalipun setakat ini.

Lebih unik, motosikal pemilik Yamaha RX-Z ini merupakan model keluaran pertama daripada Yamaha. Padanan nombor plat TC13 antara yang membuatkan para peminat sanggup dan bersedia untuk menawarkan harga yang tinggi untuk mendapatkannya.

Difahamkan, beliau juga aktif menyertai konvoi sebelum ini dan sekaligus kerap menjadi tumpuan anak muda yang meminati Yamaha RX-Z. Malah, terdapat peminat Yamaha RX-Z yang sanggup datang ke rumah beliau semata-mata untuk melihat sendiri model yang dianggap rare ini.

Sehubungan dengan pendirian Nik Zahari untuk tidak menjual motosikal kesayangan miliknya, para warganet nampaknya tampil meluahkan pendapat mengenai tawaran yang ditolak beliau.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here