Remaja tolak tawaran Elon Musk, kini dakwa temui jet peribadi baharu Mark Zuckerberg

15679

Jack Sweeney, remaja yang sempat bikin kecoh apabila memantau pesawat peribadi Elon Musk kini punya sasaran baharu.

Anak muda berusia 19 tahun dari Florida itu sempat membuat Elon Musk kesal bahkan menawarkan AS5000 (RM21,960) bagi memadamkan satu aplikasi bot yang berupaya menjejaki pesawat peribadi miliknya di Twitter.



Terkini remaja itu mendakwa menemui jet peribadi baharu Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg. Tentunya terdapat akaun Twitter yang kini menjejaki jet yang didakwa menerbangkan Zuckerberg ke destinasi yang berbeza.

Sweeney juga berkongsi gambar jet itu di Twitter menyatakan dia akhirnya menemui jet Zuckerberg dan banyak perjalanan yang memberi petunjuk pesawat itu milik Zuckerberg.

Namun begitu, akaun Twitter bernama ZuccJet bukanlah baru. Akaun automatik itu mula mengesan penerbangan peribadi Ketua Meta, tetapi Sweeney mendapati pada bulan April bahawa pesawat yang dikesan tidak lagi digunakan oleh Zuckerberg.

Meta mendedahkan menyewa jet peribadi baharu untuk Zuckerberg pada Mac 2022 dalam pemfailan SEC terkini.

“Kami percaya peranan Zuckerberg meletakkan beliau dalam kedudukan yang unik, beliau sinonim dengan Meta dan akibatnya sentimen negatif mengenai syarikat kami dikaitkan secara langsung ke Zuckerberg.

“Kami tidak dapat mengesahkan secara peribadi sama ada pesawat dengan nombor ekor N68885 adalah yang disewa untuk membawa Zuckerberg bergerak,” tulisnya. 

Sejak berjaya dengan akaun Twitternya yang menjejaki Elon Musk, Sweeney mencipta beberapa akaun automatik sama yang lain memantau 15 jet peribadi jutawan antara yang menjadi sasaran adalah golongan oligarki Rusia.

Dia juga mencipta satu untuk menjejaki kapal layar persendirian yang dimiliki oleh oligarki Rusia. Akaun ini bergantung pada data penjejakan masa nyata yang tersedia untuk umum.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here