Utama Berita Automotif RON97 naik 37 sen berharga RM4.70 seliter, RON95 dan diesel kekal untuk...

RON97 naik 37 sen berharga RM4.70 seliter, RON95 dan diesel kekal untuk 26 Mei – 1 Jun

300
Harga runcit petrol RON97 naik 37 sen seliter daripada RM4.33 kepada RM4.70 seliter, manakala RON95 dan diesel masih kekal bagi 26 Mei hingga 1 Jun 2022.
 
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.05 serta RM2.15 seliter.
 
 
Menurut kenyataan itu, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.
 
“Harga pasaran sebenar bagi kedua-dua jenis minyak itu sudah meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” katanya.
Jom Baca:   Harga RON95 dan RON97 naik 1 sen, diesel turun 2 sen!

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here