Nilai kekayaan AS291 bilion, taikun ini hanya pandu Tata Nano berharga RM5k

9299

Ratan Tata merupakan ahli perniagaan dengan nilai kekayaan sekitar AS291 bilion (RM1.28 bilion) namun beliau hanya menggunakan kenderaan murah.

Mantan Pengerusi Tata Sons yang membangunkan rangkaian hotel mewah, The Taj Mahal Palace berkenaan tular apabila dirakam menggunakan sebuah kenderaan kompak Tata Nano yang bernilai rupees 100,000 (RM5,665).

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by Viral Bhayani (@viralbhayani)



Video yang dikongsi oleh Viral Bhayani itu menunjukkan Ratan Tata menaiki kereta kompak berwarna putih itu tanpa pengawal keselamatan di perkarangan Hotel Taj Mahal.

Bhayani berkata dia kagum dengan kesederhanaan jutawan itu yang hanya diiringi kakitangan hotel ke kereta kecilnya. 

Sebenarnya Tata Nano merupakan salah satu produk keluaran syarikat automotif Tata Motors yang turut dimiliki oleh taikun berkenaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ratan Tata (@ratantata)

“Apa yang mendorong saya dan mencetuskan keinginan menghasilkan kenderaan seperti itu kerana sentiasa melihat keluarga India menaiki skuter dengan anak tersepit antara ibu bapa, menunggang ke mana sahaja mereka pergi, selalunya di jalan licin.

“Salah satu faedah berada di Sekolah Seni Bina telah mengajar saya mencoret ketika masa lapang.

“Pada mulanya kami cuba memikirkan bagaimana untuk menjadikan kenderaan dua roda lebih selamat, lakaran itu menjadi empat roda, tiada tingkap, tiada pintu, hanya kereta asas.

“Tetapi saya akhirnya memutuskan ia sepatutnya sebuah kereta. Nano, sentiasa ditujukan untuk semua orang kita,” katanya. 

Tata Nano merupakan kenderaan hatchback empat pintu yang menggunakan enjin 624cc dengan kuasa 37hp dan tork 51Nm. Pasaran India didatangkan dengan pilihan transmisi manual 4-kelajuan dan automatik dengan kelajuan maksimum 105kmj.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here