Nombor plat ’14’ dijual pada harga RM6.8 juta

1548

Nombor plat ’14’ terjual pada harga AU2.2 juta  (RM6.8 juta) di acara lelongan di Shannons, Australia. 

Tanda harga nombor plat dua digit itu mengatasi rekod jualan nombor pendaftaran ’26’ pada harga AU1.1 juta (RM3.4 juta) dua tahun lalu.



Tetapi jualan tersebut masih belum dapat memecahkan rekod nombor plat ‘4’ paling mahal yang pernah dijual di Australia berharga AU2.45 juta (RM7.6 juta) pada 2017.

Jualan nombor plat ’14’ itu meningkatkan AU500,000 (RM1.6 juta) pada jam terakhir. Bagaimanapun, itu tidak dapat mengatasi jualan nombor pendaftaran kenderaan termahal di Dubai bahkan kosnya lebih tinggi berbanding harga kereta.

Tren memiliki nombor plat satu atau dua digit dipercayai bermula sejak 1903 apabila seorang ahli politik dilaporkan menyuruh pelayannya menunggu di luar pejabat majlis semalaman untuk mendapat plat A1.

Plat A1 telah bertukar tangan selama bertahun-tahun dan hari ini digunakan sebuah Mini Cooper hitam di London.  

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here