Aston Martin DB5 milik pelakon James Bond Connery bakal dilelong

1031

Kereta popular James Bond yang juga dimiliki oleh pelakon filem aksi berkenaan Sean Connery bakal dilelong. 

Aston Martin DB5 tersebut tidak didatangkan dengan gajet  lampu depan mesingan atau kerusi penolak seperti mana digunakan pelakon itu dalam filem berkenaan.



Model DB5 itu disembur dengan cat badan Snow Shadow Grey dengan transmisi 5-kelajuan. Connery membeli model itu pada 2018 daripada pemilik asal kemudian memindahkan kereta tersebut dari United Kingdom ke kediamannya di Switzerland.

Kereta itu sebenarnya berwarna hitam pada tahun 60-an, tetapi Connery mengecat warna baharu untuk dipadankan dengan perjalanan filem ikoniknya. Sementara, bahagian kabin didatangkan dengan kemasan kulit warna merah Connolly.

Aston Martin DB5 (1964) itu berada dalam keadaan baik kerana Connery menghantarnya kepada pakar terkenal RS Williams sebaik menerima kereta tersebut. Sean Connery meninggal dunia pada 31 Oktober 2020 dan anak mendiang memutuskan untuk melepaskan kenderaan tersebut.

Keluarga Connery merancang untuk membelanjakan sebahagian besar daripada hasil jualan untuk derma kepada Dana Filantropi Sean Connery.

Aston Martin DB5 dijual melalui Lelongan Broad Arrow di Pusat Jet Monterey pada 17 hingga 18 Ogos 2022. Dijangkakan harga jualan bermula daripada AS1.4 juta hingga AS 1.8 juta (RM6.1 juta-RM7.9 juta)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here