Ini bahagian dalam kapal layar mewah perkahwinan Kourtney Kardashian di Itali…

664

Kourtney Kardashian dan Travis Barker baru-baru ini menganjurkan majlis resepsi di Itali dan pasangan pengantin baru dan ahli keluarga dilihat menghabiskan masa mereka di dalam kapal pesiar Regina D’Italia dan Fatima.

Mereka tinggal di dalam kapal pesiar Regina D’Italia di luar pantai Portofino, Itali. Regina d’Italia, bermaksud Ratu Itali dalam bahasa Inggeris itu memberikan keseimbangan yang mengagumkan antara kemewahan dan minimalis.

Kapal layar Regina D’Italia sebelum ini dimiliki Domenico Dolce dan Stefano Gabbana namun pereka fesyen terkenal tersebut menjual kapal berkenaan pada 2019 yang bernilai kira-kira euro 13.5 juta (RM63.5 juta).

Jom Baca:   China tak jadi ambil Boeing 737 MAX, gara-gara ketidakpastian penghantaran....

Manakala kapal pesiar Fatima masih dimiliki oleh Dolce & Gabbana bagaimanapun ukurannya lebih kecil dengan 35 meter panjang dan mampu memuatkan 10 tetamu.

Menurut Yacht Charter Fleet, Regina D’Italia yang berukuran 51 meter panjang itu mampu memuatkan 12 tetamu pada satu masa dengan lima suite termasuk bilik utama dan empat kabin tetamu.

Bahagian dalam direka oleh butik reka bentuk Itali Codecasa yang mana kapal tiga tingkat itu turut dilengkapi dengan lif, kolam renang dan juga salun. Hiasan dalaman menggunakan lantai marmar, kulit harimau dan sentuhan emas di beberapa bahagian. 

Meja makan di ruangan utama dipadankan dengan kerusi berwarna merah baldu dan kemasan warna emas.  Sementara bilik mandi dihiasi dengan delima dan nilam selain sentuhan emas.

Jom Baca:   [SIRI 1] Beli kereta RM15 juta tapi tak boleh pandu di jalan Singapura

Setiap satu daripada kabin tetamu dinamakan sempena haiwan eksotik: zirafah, badak, gajah dan buaya.

Di bahagian luar, kapal layar itu mempunyai setiap tambahan yang boleh anda bayangkan termasuk lima dek, kolam renang, jakuzi, spa dan gelongsor 167 kaki di dek atas.

Struktur atas kapal layar diperbuat daripada aluminium manakala badan kapal diperbuat daripada keluli. Penggayaan luaran dicipta oleh pereka bot terkenal Della Role Design yang mana bahagian dek menggunakan material kayu jati berkualiti tinggi. 

Kapal pesiar itu menggunakan dua enjin Caterpillar yang menghasilkan kuasa 2448hp dengan kelajuan maksimum 18 knot.

Jom Baca:   Tunjuk samseng, penunggang motosikal tendang cermin sisi Perodua Myvi
GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here