Berita baik pemilik Kawasaki! EMOS tambah rangkaian pusat servis motosikal itu di Malaysia

1249

Berikutan berakhirnya tempoh peralihan enam bulan daripada bekas pengedar produk Kawasaki, sehingga kini, Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), anak syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) menambah wakil pusat servisnya di Malaysia.

Ia meliputi bahagian Sabah, wilayah Tengah dan Utara negara yang kini menjadikan bilangan wakil pusat servis Kawasaki kepada 20.

EMOS melalui wakil pusat servis, akan terus mengedar dan menyediakan perkhidmatan selepas jualan, alat ganti dan aksesori untuk model Kawasaki di Malaysia sehingga diberitahu kelak.



Justeru itu, semua alat ganti dan pertanyaan perkhidmatan berkaitan teknikal termasuk perkara berkaitan panggil balik boleh dirujuk semula di wakil pusat servis Kawasaki yang sah seperti disenaraikan dalam jadual di bawah.

Sementara itu, EMOS bakal memperkenalkan model terbaharu daripada barisan KAWASAKI dan pelancaran bilik pameran eksklusif Kawasaki secara berperingkat.

Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan berkata, pihaknya berbesar hati dengan adanya KMSB Solutions sebagai satu daripada wakil pusat servis sah bagi wilayah Tengah.

Menurutnya, bekas pengedar motosikal KAWASAKI itu lebih berpengetahuan dan berpengalaman dalam mengendalikan model-model jenama berkenaan.

“Dengan ini kami dapat memastikan kesinambungan yang berterusan dalam memenuhi keperluan dan jenama KAWASAKI di seluruh negara,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran MODENAS, Kashiwagi Yusaku berkata, pihaknya melantik tujuh wakil pusat servis sah baharu menunjukkan penerimaan rakan kongsi perniagaan untuk meneruskan perkhidmatan dan pemasaran jenama Kawasaki di Malaysia.

“Untuk menamatkan fasa pertama rancangan syarikat dan komitmen kami terhadap pangkalan pelanggan yang sedia ada dan berkembang di Malaysia, EMOS bersedia untuk mewujudkan rangkaian wakil pusat servis sah Kawasaki yang lebih luas di seluruh negara dengan 20 lagi tambahan baharu menjelang tahun depan,” katanya.

Senarai wakil pusat servis KAWASAKI yang sah:

 No

Nama Pusat Servis

Alamat

No. Telefon

WILAYAH TENGAH

1

Bikers Gallery Sdn. Bhd. 

NO. 380, Jalan Raja, Alor Setar 05000 KEDAH

04-7206666

04-7206668

2

EL Chong Motor Trading Sdn Bhd

37, Taman Seruling Emas 14200 Sungai Bakap SPS P.PINANG

04-5822489

3

Sheng Fatt Motor Sdn Bhd

No.24, Jalan Dato Keramat, 10150 Georgetown, P.PINANG

04-2278932

04-2280932

4

Hot Bike Sdn. Bhd.

595-H Jalan Jelutong, 11600 Georgetown, Pulau Pinang, P.PINANG

04-6593628

PANTAI TIMUR

5

Kk Superbike Sdn. Bhd.

No.103 & 104, Jalan Tan Sri Yahya, 28000 TemerlohPAHANG

09-2961272

09-2968211

WILAYAH TENGAH

6

Eang Chun Motor Sdn Bhd

No. 69, 71, 73 & 75, Jln Genting Klang, Setapak 53300 KUALA LUMPUR

03-40234790

7

Apex Motorsports Sdn bhd

No 85-87, Jalan sbc 1, Taman Sri Batu Caves, 68100 Batu Caves, SELANGOR

03-61882216

03-61775375

8

Serdang Motorcycle Sdn Bhd

Lot 460 & 461, Jalan 18/2a, Taman Sri Serdang, 43300 Seri Kembangan, SELANGOR

03-89489057

9

Seri Gading Enterprise Sdn Bhd

No. 10 GF, Jalan Keluli Ak7/AK, Pusat Perniagaan Bukit Raja, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, SELANGOR

03-33448912

03-33446912

10

Chear Motor (Shah Alam) Sdn. Bhd.

No. 42A, Jalan 15/22, Taman Perindustrian Tiong Nam, Seksyen 15, 40200, Shah Alam, SELANGOR

012-6989351

03-58889669

11

Soon Heng Bikers Sdn Bhd

No. 103, Jalan 1 Taman Suntex, Pekan Batu 9, Cheras,43200 Kajang, SELANGOR

03-90758464

03-90754464

12

Motorsim Sdn Bhd

87, Jalan SBC 1, Taman Sri Bt. Caves, 68100 Bt Caves, SELANGOR

03-62426999

13

KMSB Solutions Sdn Bhd

No.12 Jalan Jurunilai U1/20, Seksyen U1, Hicom-Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, SELANGOR

016-228-8141

14

Puncak Alam Motoworld Sdn Bhd

A-3A-15, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, PJU3, 47410 Petaling Jaya, SELANGOR

03-58711998

03-58711993

SELATAN

15

Zong Heng Motors Sdn Bhd

No: 13-C, Sin Hoe Garden, Bukit Baru,75150 MELAKA

06-2829623

06-2871549

16

BZ TOP Automobile Service

No.6, 8 & 10, Jalan Durian Daun, 75400 MELAKA

06-2833731

06-2818595

17

Qbee Superbike Centre Sdn Bhd 

No. 6, Jalan Tiong Emas 3, Kawasan Perindustrian Tiong Nam, 81100 Johor Bahru, JOHOR

07-3614221

18

Tong Ban Seng Motor Sdn Bhd 

No.14 & 15, Jalan Mas 1, Taman Desa Mas, 81000 Kulai, JOHOR

07-6524285

07-6521353

SABAH & SARAWAK

19

Ghee Hua Co. Sdn Bhd

Lot 66, Section 15, KTLD, Jalan Green, 93250 Kuching, SARAWAK

082-418218

082-419218

20

Inti Deras Motors Sdn Bhd

Lot 1, No 29-0, Likas Plaza, Phase 1 Jalan Tuaran,

88450 Kota Kinabalu, SABAH

088-382622

088-384 622

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here