Pemilik Ativa mengeluh fender flare mudah ‘terbang’…

20472

Seorang pengguna Facebook mengeluh bahagian fender flare Perodua Ativa miliknya tercabut sendiri di Grup Facebook Ativa Club Malaysia.

“Mana pulak terbang fender? Quality apa Perodua pakai ni. Dah mcm apple. Sendiri quality tak elok, consumer yang kena beli spare parts baru. Baru enam bulan pakai dah terbang. RM120 nak beli fender baru SC tak nak tanggungjawab padahal one of Factory defects,” tulisnya.



Namun begitu tidak diketahui bagaimana kejadian berkenaan berlaku, menurut pemilik akaun Iyleeya Najlaa menjelaskan dia menemui fender flare miliknya di bahu jalan.

“Memang terbang, jumpa balik kat tepi jalan, terbang kat Duke patah balik ambik semalam tapi dah calar. Check club Ativa memang banyak defects fender ni. Haih,” tulisnya.

Berdasarkan tinjauan di ruangan komen, situasi itu bukanlah pertama kali berlaku yang mana ada beberapa pemilik SUV tersebut turut berkongsi nasib yang sama.

“Saya punyapun haritu hampir tercabut sebab langgar burung terbang rendah. Mujurla perasan, rapatkan balik klip tu. Sebab baca banyak dah complaint pasal benda ni, memang masih berhati-hati drive sambil mata menjeling sana sini,” tulis salah seorang ahli kelab. 

Seorang pengguna Facebook Umi Wahidah berkata kejadian sama turut berlaku pada dirinya walaupun komponen itu menggunakan material plastik namun harga jualan agak mahal iaitu RM110.

“Kena order kat SC sekali dengan klip dia, nampak macam dua biji klip tercabut juga tu,” katanya. 

Sebelum ini seorang pengguna Facebook Zakaria Ibrahim turut berkongsi isu sama penghujung tahun lalu apabila ramai yang mengeluh komponen tersebut mudah terbang walaupun tidak melanggar sebarang objek.

Namun begitu, kejadian itu hanya berlaku pada segelintir pemilik yang mana kemungkinan berlakunya defek daripada vendor.

Kami difahamkan komponen tersebut menggunakan klip sepenuhnya dan sekiranya pemasangan tidak dilakukan dengan betul akan berlaku kejadian sedemikian. 

Perkongsian itu mendapat reaksi pelbagai daripada ahli grup, ada yang berkongsi fender flare Ativa tidak pernah tercabut walaupun digunakan dengan lasak.

“Rasanya dah banyak jadi bendani baca dalam group. Perodua must take action dah lah harganya mahal ratusan. Sebagai pembeli (xkisahlah bukan kereta BMW ke apeke org nak cakap) kita berhak mengeluh. Sebab kesnipun bukan terpencil dah ramai mengadu.”

“Aku duk perati fender akan tercabut bila kita langgar sesuatu atau hampir tercabut..aku selalu betulkan balik tapi kalau kita bawak kereta tanpa menjeling atau cakna sikit kat kereta akhirnya benda boleh melayang.”

“Saya ulang alik hari-hari 150km, masuk offroad, tapak site, ni la tu la, so far okay je, hurmmm, pelik noh boleh tercabut kalau takde terlanggar atau apa-apa, setakat kena angin je, impressive.”

“Ni mesti gara-gara sodok benda ni, kes tak pandai bawak kereta ler ni, lepas salahkan kilang…huhu.”

“Aku dah penah bukak fender flare ni. Gentle cakap clip dia semua mmg bapak keras dan fit. Klip dia akan terbuka kalo tersentap kaw-kaw. Kalo pasang fit semua, macam mustahil diterbangkan oleh angin. Tak pasti lak kalo ko lalu kat ribut tornado.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here