Pengecualian cukai jualan kereta kekal tamat hujung bulan ini

833

Tarikh akhir bagi pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bagi tempahan kenderaan baharu kekal 30 Jun ini.

Namun begitu, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz berkata tempoh pendaftaran kenderaan bagi pembeli yang membuat tempahan kenderaan sehingga 30 Jun dilanjutkan sehingga 31 Mac tahun depan. 



“Ini bagi membolehkan pembeli yang membuat tempahan kenderaan sehingga 30 Jun terus menikmati insentif pengecualian cukai jualan,” katanya dalam kenyataan.

Terdapat sejumlah permintaan yang masih belum dapat dipenuhi ekoran gangguan rantaian bekalan global. Pada masa sama, seluruh dunia menghadapi masalah kekurangan cip mikro semikonduktor yang digunakan secara meluas dalam industri automotif.

Susulan masalah itu, 264,000 unit kenderaan ditempah dalam tempoh pengecualian belum siap pemasangan dan tidak dapat dibekalkan kepada pembeli. 

Setakat ini sebanyak 868, 422 unit kenderaan terjual dan rakyat telah mendapat manfaat pengecualian cukai jualan berjumlah RM4.7 bilion.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here