Lelaki ini miliki 24 replika jentera filem Fast And Furious

5070

Siri filem Fast And Furious terkenal dengan kereta-kereta menarik dari pelbagai jenama yang sudah semestinya menarik perhatian peminat automotif dari seluruh pelusuk dunia.

Di Edmonton, Kanada, replika pelbagai jenis kereta dari filem ini disimpan dan dijadikan sebagai koleksi oleh seorang lelaki. Koleksi ini bahkan difahamkan merupakan antara yang terbesar di dunia.



Berdasarkan video dari saluran Youtube Roads Untraveled, lelaki yang dikenali sebagai Jorge dikatakan memiliki 24 buah replika kereta dari pelbagai jenama, dan kesemua replika kereta tersebut menyerupai siri filem Fast And Furious. 

replika fast and furious

Salah satu kereta terbaik dalam koleksi Jorge ialah Nissan Skyline R34 GT-R Bayside Blue, yang direka khas menyerupai kereta yang dipandu mendiang Paul Walker dalam Fast And Furious 4.

Jorge juga memiliki sebuah Nissan Skyline R34 GT-R dengan campuran warna perak dan biru, sama seperti dalam filem 2 Fast 2 Furious.

replika fast and furious

Antara kereta lain yang dimiliki Jorge ialah sebuah Mazda RX-7 Veilside Fortune yang dipandu oleh Han dalam filem Tokyo Drift, Toyota Supra berwarna oren yang dipandu Paul Walker dan Volkswagen Jetta berwarna putih yang dipandu oleh Jesse dalam filem The Fast And The Furious.

Menurut Jorge, pada mulanya dia membeli kesemua kereta tersebut dari Jepun mengikut model yang betul, dan kemudian akan melakukan proses ubah suai sehingga menyerupai kereta yang digunakan dalam filem.

replika fast and furious

Salah satu tambahan baru dalam koleksi ini ialah sebuah Toyota Supra 2020, yang difahamkan akan membuat kemunculan dalam Fast And Furious 9.

Tambah Jorge, dia kini dalam proses menghasilkan tujuh atau lapan lagi replika, termasuk replika sebuah Honda S2000 berwarna merah jambu yang dipandu oleh Suki dalam filem 2 Fast 2 Furious.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here