Perodua rekod jualan 127,343 unit enam bulan pertama 2022, Myvi kekal model terlaris…

928

Perodua menjual sebanyak 127,343 unit kenderaan bagi separuh pertama 2022 iaitu peningkatan sebanyak 30 peratus.

Tahun lalu Perodua merekodkan jualan sebanyak 97,290 unit bagi tempoh yang sama. Peningkatan itu disumbangkan oleh pengecualian cukai jualan kenderaan oleh pihak kerajaan yang berakhir 30 Jun lalu.



Perodua Myvi kekal menjadi model terlaris dengan rekod pendaftaran 38,039 unit diikuti Perodua Axia (29,183 unit) dan Perodua Bezza (28,719 unit). 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata pihaknya menerima tempahan harian tertinggi pada hari akhir pengecualian cukai jualan sebanyak 25,100 unit.

“Tempahan kenderaan secara tergesa-gesa dilihat ketara terutama sekali apabila kerajaan melanjutkan tempoh pendaftaran kepada 31 Mac 2023 dan kami amat berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana memilih Perodua sebagai jenama pilihan,” katanya. 

Selain itu, sumbangan kepada prestasi berkenaan adalah pendaftaran kenderaan yang rendah pada Jun 2021 susulan penutupan kali kedua bagi mengurangkan angka jangkitan Covid-19.

Sebagai perbandingan, Perodua mencatatkan jualan 1,009 unit pada Jun tahun lalu manakala bulan Jun lalu pengeluar itu merekodkan jualan 21,164 unit. Ini disokong dengan bekalan alat ganti yang semakin baik pada bulan berkenaan. 

Di samping itu, prestasi jualan Perodua juga meningkat 10.7 peratus daripada 18,901 unit yang didaftarkan pada Mei 2022. 

Zainal Abidin berkata walaupun berdepan beberapa isu seperti tenaga kerja mahir dan kekurangan alat ganti, Perodua masih mengekalkan sasaran jualan keseluruhan tahun ini sebanyak 247,800 unit.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here