Alieff Irfan bersyukur impiannya tercapai miliki McLaren 720S

995

YouTuber terkenal, Alieff Irfan meluahkan rasa syukur impiannya untuk memiliki supercar  McLaren 720S akhirnya tercapai.

Memetik mStar Online, Alieff berkata ia merupakan kejayaan buat dirinya selepas bekerja keras selama lebih lima tahun.

Berkongsikan kegembiraan itu di Instagram, Alieff turut memuat naik video kenderaan berwarna hitam itu buat pengikutnya.



 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Alieff Irfan (@irfxn__)

Dalam pada itu, Alieff berkata tujuannya berkongsikan video itu di media sosial adalah untuk berterima kasih kepada pengikut yang selama ini menyokongnya.

Berdasarkan laman sesawang jualan kereta mendapati harga supercar itu dianggarkan bernilai RM2 juta.

Untuk makluman, McLaren 720S dikuasakan oleh enjin V8 4.0-liter twin-turbo yang mampu menghasilkan sehingga 710hp dan 770Nm tork serta dipadankan dengan transmisi automatik 7-kelajuan dwi klac.

Supercar ini mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 2.8 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimumnya iaitu 341km/j.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Alieff Irfan (@irfxn__)

Menurut Alieff, dia bersyukur apa yang diimpikan selama ini tercapai.

“Awalnya nak pakai hari raya lepas, tetapi dapat masa hari raya haji. Kereta ini juga menjadi pembakar semangat untuk saya yang tiada apa-apa sebelum ini.

Ini juga adalah sebahagian daripada kerja keras selama lebih lima tahun ini,” katanya.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here