Ferrari 296 GTS berlabuh di Malaysia, harga mula RM1.45 juta

1035

Naza Italia memperkenalkan supercar 296 GTS menyertai Ferrari 296 GTB yang dilancarkan Mac lalu. 

Supercar dengan dua tempat duduk itu dijual pada harga asas RM1.45 juta. Ferrari 296 GTS menggunakan enjin 2.9 liter V6 hibrid yang menghasilkan kuasa 830hp dan tork 740Nm.



Pecutan dari 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 2.9 saat dengan kelajuan maksimum 330kmj atau 135kmj sekiranya menggunakan kuasa motor elektrik sepenuhnya. 

Model berkenaan didatangkan dengan bumbung retractable hardtop (RHT) yang mana operasi buka dan tutup hanya mengambilmasa 14 saat yang boleh dilakukan pada kelajuan 45kmj.

Berbanding versi GTB, 296 GTS hanya 70kg lebih berat, walaupun selepas penambahbaikan pada casis. Selain itu, GTS didatangkan dengan pakej opsyen Assetto Fiorano.

Pakej itu merangkumi penyerap hentak boleh laras Multimatic, penggunaan bahan ringan gentian karbon dan tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 R.

Bahagian kokpit 296 GTS dibangunkan menggunakan konsep antara muka digital serba baharu. Idea menggunakan teknologi dengan kesan yang canggih menyumbang kepada rekaan minimalis.

Apabila enjin dimatikan, instrumen menjadi gelap bahkan kemasan kulit eksklusoif Itali pada kerusi meningkatkan aura mewah.

Bagi memberi ketenangan minda buat pemilik, pihak pengeluar menawarkan program penyelenggaraan lanjutan selama 7-tahun.

Program tersebut merangkumi semua penyelenggaraan berkala untuk tempoh tujuh tahun pertama atau perbatuan sejauh 120,000km.  

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here