Ini sebabnya kenapa ada tempat isi minyak belah kiri atau kanan

4206

Pernahkah anda terfikir mengapa tidak diletakkan di tengah sahaja? Ini sudah sudah tentu dapat memudahkan proses pengisian di steen minyak.

Maklumlah, ia lebih senang tak perlu nak tengok posisi mana untuk letak kereta Jika di pam minyak.

Sebenarnya, ketika era 60 dan 70an, terdapat model tertentu yang mempunyai penutup tangki bahan api berada betul-betul di tengah bahagian belakang.



Bagaimanapun, cara itu dianggap tidak selamat kerana jika kereta dilanggar dari belakang, risiko untuk tangki bahan api meletup adalah sangat tinggi dan ini sudah tentu membahayakan nyawa pemandu dan pengquna jalan raya lain.

Akhirnya, kereta yang mempunyai penutup tangki bahan api tengah, termasuk Chevrolet Bel Air yang mana penutup tangki bahan apinya disembunyikan di sebalik lampu belakang, diharamkan.

Mengikut piawaian semasa, tangki bahan api perlu diletakkan di bahagian sisi kenderaan, di luar ‘crumple zone’ dan jauh dari sebarang bahagian yang panas (seperti ekzos) dan pendawaian elektrik.

Ini bermakna penutup tangki bahan api mesti berada satu daripada sisi kenderaan. Tetapi timbul pula pertanyaan mengapa ada kereta yang mempunyai penutup di sebelah kanan dan ada pula di sebelah kiri?

Menurut pengeluar-pengeluar seperti Volkswagen dan Toyota, penutup bahan api biasanya diletakkan di sebelah penumpang (sebelah kiri bagi model pemanduan sebelah kanan dan sebaliknya) untuk melindungi pemandu daripada trafik dan lalu lintas ketika sedang mengisi minyak.

Ini kerana stesen-stesen minyak pada zaman dahulu tidak sebesar kini dan selalunya terletak di tepi jalan.

Ini sebabnya mengapa kebanyakan kenderaan buatan Jepun mempunyai penutup tangki bahan api di sebelah kiri dan kenderaan Eropah dan Amerika mempunyai penutup di sebelah kanan.

Namun hari ini, ia tidak lagi diamalkan. Mana-mana pun boleh letak! 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here