Kantoi curang, wanita mengamuk pecahkan cermin kereta suami

1059

Seorang wanita di Sulawesi, Indonesia mengamuk dengan menghempuk topi keledar pada cermin hadapan kereta milik suaminya selepas lelaki itu `kantoi’ curang apabila ditangkap bersama seorang wanita lain di dalam kenderaan tersebut.

Kompas.com melaporkan, dalam kejadian di Jalan Raden Saleh, Kota Gorontalo itu, wanita berkenaan sedang menunggang motosikal sebelum ternampak suaminya di dalam kereta bersama seorang wanita dipercayai kekasihnya.

Wanita itu kemudiannya bertindak mengejar kereta berkenaan tetapi lelaki itu cuba melarikan diri dan hampir melanggar isterinya itu.



Kerana berang, wanita itu membuka topi keledar yang dipakainya dan terus menghempuk pada cermin depan kenderaan itu beberapa kali hingga pecah.

Lelaki itu yang ketakutan selepas melihat tindakan wanita itu segera keluar dari kereta itu bersama kekasihnya dan terus menghilangkan diri.

Beberapa rakaman video yang tersebar di media sosial menunjukkan wanita itu dengan marah beberapa kali menghempuk cermin kereta itu dengan topi keledar.

Wanita itu yang dikenali sebagai Su berkata, dia yakin suaminya sedang bertemu janji dengan wanita itu dan berang selepas lelaki berkenaan tergamak mahu melanggarnya.

“Ketika di lampu isyarat merah saya berhenti dan turun sebelum memecahkan cermin kereta,” katanya.

Pasangan berkenaan masing-masing dilaporkan membuat laporan polis dengan suaminya mendakwa isterinya melakukan vandalime apabila memecahkan cermin keretanya.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here