Hujan lebat luar biasa! Bonneville Salt Flats banjir, acara Speed Week 2022 batal

507

Perlumbaan 2022 Speed Week di, Bonneville Salt Flats, Utah, Amerika Syarikat terpaksa dibatalkan selepas hujan lebat menyebabkan dataran tasik garam yang menjadi venue pertandingan banjir.

Sepanjang minggu lalu, Persatuan Pemasaan California Selatan (SCTA) yang menganjurkan perlumbaan kereta terpantas itu memantau situasi cuaca di lokasi berkenaan.

Selepas hujan lebat pada malam Jumaat hingga Sabtu lalu, SCTA mengambil keputusan untuk membatalkan perlumbaan dengan harapan litar akan kering untuk perlumbaan keesokkan harinya.



Bagaimanapun, sehingga tengah hari Ahad litar masih lagi ditenggelami air menyebabkan SCTA terpaksa membatalkan semua perlumbaan berkenaan.

SEBUAH kereta lumba tersadai selepas litar di Bonneville Salt Flats, Utah, Amerika Syarikat banjir akibat hujan lebat. – Nolan Sykes

“Akibat keadaan cuaca yang tidak dijangka perlumbaan Speedweek 2022 secara rasmi dibatalkan. Kami berusaha mencari barangan pasukan bertanding di litar yang ditenggelami air.

“Barangan yang hilang boleh dituntut di kawasan pendaftaran,” kata SCTA dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya.

Setiap tahun, perlumbaan berkenaan dihadiri beratus-ratus pengunjung dari seluruh dunia yang terdiri daripada peminat setia dan juga peserta yang menyertai perlumbaan itu. – Agensi

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here