Golongan kaya terus kaya – kereta mewah laku keras !!

939

Ketika dunia berdepan dengan kegawatan ekonomi beberapa pengeluar kereta mewah terus mencatatkan peningkatan keuntungan dan tempahan daripada pengguna pada suku kedua tahun ini.

Malah, Lamborghini mendakwa tempahan untuk kereta mewah keluaran mereka untuk tahun hadapan sudah pun penuh.

Ketua Pegawai Eksekutif Lamborghini, Stephan Winkelmann mengumumkan, jualan kenderaan syarikat itu untuk enam bulan pada tahun ini meningkat sebanyak 5 peratus dengan keuntungan melonjak sebanyak 70 peratus.



“Kami juga sudah memiliki tempahan yang mencukupi untuk menampung keseluruhan pengeluaran pada tahun hadapan,” katanya.

Ini bermakna, kereta yang bakal dikeluarkan Lamborghini pada tahun hadapan sudah habis dijual.

URUS yang dikeluarkan pada 2018 terus menjadi model paling banyak dijual Lamborghini.

Lamborghini mengeluarkan dan menghantar 5,090 unit kenderaan meningkat 5 peratus setiap tahun dengan 61 peratus daripada jumlah itu adalah kenderaan utiliti sukan, Urus berharga £160,000 (RM860,000)

Urus yang dikeluarkan pada 2018 terus menjadi model paling banyak dijual Lamborghini berbanding supercar terkenal syarikat itu seperti Huracan dan Aventador.

Pada masa yang sama, pengeluar kereta mewah Itali, Ferrari dan pengeluar kereta mewah Britain, Bentley mendedahkan ia turut mencatatkan rekod jualan dan keuntungan untuk suku kedua tahun ini.

Keadaan itu menunjukkan golongan kaya di seluruh dunia tidak terjejas dengan krisis ekonomi dan pandemik yang melanda global serta masih bernafsu untuk bebelanja mewah.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here