Penyanyi Oasis jual kereta klasik kerana tidak tahu memandu

659

Penyanyi terkenal kumpulan Oasis, Noel Gallagher dilaporkan menjual kereta sport klasik Jaguar miliknya yang dibeli lebih 25 tahun lalu kerana dia tidak tahu memandu.

Gallagher, 55, menjual kereta klasik model tahun 1967 pada harga £125,000 (RM672,522) pada seorang pembeli misteri.

Penyanyi popular itu dilaporkan membeli kereta berkenaan pada 1997 ketika zaman kegemilangan kumpulan Oasis tetapi tidak pernah memandunya kerana dia tidak memiliki lesen memandu.



Kereta sport klasik Jaguar model 1967 ini dibeli Gallagher pada 1997 ketika zaman kegemilangan kumpulan Oasis.

Dalam satu temuramah, Gallagher pernah mengakui membeli kereta itu adalah kesilapannya yang paling mahal dan memberitahu kereta itu hanya diletakkan di garaj selama lebih 25 tahun.

Kereta sport klasik Jaguar ini mempunyai hiasan dalaman berwarna merah.

Bagaimanapun, kereta klasik itu pernah ditampilkan dalam satu muzik video bertajuk We’re On Our Way Now daripada kumpulan High Flying Birds.

Gallagher difahamkan pernah mengambil lesen memandu tetapi berputus asa selepas baru sekali mengikuti kelas memandu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here