Yamaha E01 – Motosikal elektrik pertama Yamaha di Malaysia, harga dijangka lebih RM20K!

4168

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mempamerkan motosikal elektrik pertama di Malaysia menerusi Yamaha E01 sempena acara Karnival Yamaha GenBlu di Lumut, Perak.

Yamaha E01 yang anda lihat ini, sebenarnya masih lagi dalam ujian sebelum dipasarkan untuk pasaran tempatan.

Difahamkan, sebanyak 11 unit Yamaha E01 berada di Malaysia untuk menjalankan ujian itu. Sehingga kini, ia masih belum dijual di mana-mana pasaran, termasuklah Jepun.



Ini fakta yang anda perlu tentang Yamaha E01:

  1. Skuter elektrik dibangunkan di bawah konsep “Plugged Yamaha to new era” yang menawarkan praktikaliti seperti sebuah skuter berkapasiti enjin 125cc.
  2. E01 dibina di atas platform Yamaha NMAX, sebab itulah saiz, reka bentuk dan posisi tungganganya hampir sama dengan skuter itu.
  3. Di tengahnya terdapat port pengecasan yang boleh dibuka apabila butang pada bahagian bawah kunci ditekan. Bahagian hadapan diserlahkan dengan sepasang lampu LED nipis.
  4.  Jentera itu boleh dicaj menerusi tiga cara iaitu menerusi DC, AC dan pengecas mudah alih yang masing-masing mengambil masa sejam, enam jam serta sehingga 15 jam.
  5. Didatangkan bateri berkapasiti 4.9kWh, ia boleh bergerak antara 80-100 kilometer apabila dicaj penuh. 
  6. Penunggang boleh memilih mode tunggangan sama ada Eco yang menawarkan pecutan 65km/j, Normal (100km/j) dan Power 105km/j.
  7. Dilengkapi ciri eSIM 3G/LTE dan GPS yang akan merekod perjalanan anda. Kunci pintar yang ada membolehkan urusan menghidup dan mematikan enjin jadi lebih mudah.
  8. E01 dilengkapi rim aloi bersaiz 13 inci yang dibalut oleh tayar 110/70/13 dengan sistem brek ABS dua saluran pada roda hadapan dan belakang.
  9. Buat masa ini, tiada lagi maklumat bila HLYM akan menawarkan E01 ke pasaran. Dari segi harga pula, ia dianggarkan sekitar sebuah X-MAX iaitu lebih RM20,000 seunit.

Galeri Yamaha E01

Sementara itu, Karnival Yamaha GenBlu yang dirasmikan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ti Lian Ker, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung, Syamsul Hazeman Md Salleh dan Pengarah Urusan HLYM, Datuk Dr Jim Khor Mun Wei.

Galeri Gambar Karnival Yamaha GenBlu

 

1 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here