Bateriku.com kembangkan produk brek pad Brembo – Proton, Perodua, Honda dan Toyota

815

Bateriku (M) Sdn Bhd (Bateriku.com) berkolaborasi bersama Emerald Auto Sdn Bhd (Emerald-Brembo) bagi menawarkan produk brek pad asli Brembo di semua pitstop Bateriku.com yang terpilih. 

Kolaborasi itu menyaksikan Bateriku.com yang juga pembekal khidmat ‘Connected Roadside Assistance Provider’ (CRAS) untuk menawarkan produk brek pad terkemuka dunia, Brembo kepada semua lapisan komuniti. 

Melalui tagline “Every Car Deserves Brembo”, produk yang ditawarkan melalui kolaborasi ini dimulakan dengan memberi fokus kepada kenderaan seperti Myvi, Proton, Perodua, Honda dan Toyota. 



Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku.com, Azarol Faizi berkata, sejak lapan tahun Bateriku.com ditubuhkan, ia membuka pelbagai peluang untuk syarikatnya untuk mengembangkan servis dan produk automotif yang bukan berpunca daripada masalah bateri.

“Dengan tagline ‘Beyond Batteries’, misi kami sebagai ‘Connected Roadside Assistance Provider’ (CRAS) adalah untuk sentiasa mencari produk dan servis automotif yang mampu dimanfaatkan oleh pemilik kenderaan, usahawan, dan juga rakan-rakan bengkel.

“Dengan reputasi Brembo dan prestasi produknya, kami berbesar hati untuk berkolaborasi bersama Emerald-Brembo yang juga selaku pengedar rasmi Brembo di Malaysia,” katanya.

Pelanggan Bateriku.com, tidak kira lama atau baru akan ditawarkan brek pad Brembo yang berkualiti premium dengan harga yang mampu milik melalui Pitstop terpilih Bateriku.com.

Mempunyai pengalaman lebih dari 40 tahun, Emerald-Brembo adalah satu-satunya pengedar produk Brembo rasmi di Malaysia yang membekalkan pelbagai jenis variasi brek pad dan brek disk untuk semua jenis model kenderaan di Malaysia. 

Ketua Pegawai Eksekutif Emerald Auto Parts Sdn Bhs (Emerald-Brembo) Markz Lim berkata,  pihaknya berbangga dengan kolaborasi itu untuk membina ekosistem yang lebih baik bagi memberi kemudahan kepada pelanggan untuk mendapat produknya.

“Sebagai pengedar rasmi produk Brembo, Emerald yakin bahawa dengan Pitstop Bateriku.com, BHero dan BPreneur Bateriku.com di seluruh Malaysia akan dapat memudahkan semua pengguna kenderaan untuk mendapatkan produk asli Brembo yang berkualiti tinggi dengan harga berpatutan,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here