Pusat 3S Mitsubishi Motors Rawang baru dibuka – Cawangan ke-16 di Lembah Klang

724

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) bersama pengedarnya Lofty Ambition (Rawang) Sdn Bhd membuka Pusat 3S (Jualan, Servis dan Alat Ganti) Mitsubishi Motors baharu di Rawang baru-baru ini.

Ini adalah cawangan Mitsubishi Motors keempat untuk Lofty Ambition dengan tiga lagi masing-masing terletak di Ipoh, Taiping dan Sitiawan, Perak. Ia juga menjadi cawangan pengedar ke-16 Mitsubishi Motor di Lembah Klang.

Dengan lot kedai tiga tingkat dan kawasan binaan seluas 4,000 kaki persegi, Pusat 3S itu mempersembahkan identiti jenama Mitsubishi Motors serta bekerjasama dengan mesej jenama global ‘Drive Your Ambition’.



Ia terletak di alamat 5G, 7G, 9G, Jalan Millenium, Pusat Perniagaan Rawang Millenium Rawang, Selangor.

Pusat 3S itu boleh diakses melalui Lebuhraya PLUS dan berada di lokasi utama untuk memudahkan memberi perkhidmatan kepada pelanggan Mitsubishi di kawasan berkenaan.

Lofty Ambition dibuka:

  • Isnin hingga Sabtu dari jam 9.00 pagi – 6.00 petang
  • Ahad dari jam 11.00 pagi – 4.00 petang.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda berkata, bilik pameran baharu itu memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan di Lembah Klang selepas melihat pertumbuhan perniagaan, terutamanya untuk model Triton dan Xpander.

“Pada separuh pertama tahun ini, MMM menjual 12,261 kenderaan, iaitu pertumbuhan 63% berbanding tempoh yang sama pada 2021.

“Anggaran penguasaan pasaran untuk model Mitsubishi adalah 4% dan Mitsubishi Motors mengekalkan tiga tempat teratasnya sebagai jenama bukan nasional dalam Malaysia,” katanya

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here