“Sampai hati encik saman saya”, bila tengok anggota trafik yang saman lelaki ini pasrah…

4670

Seorang pengguna TikTok @remydamak77 berkongsi sebuah klip video pendek yang menunjukkan surat saman polis trafik yang dilekatkan pada pengelap cermin MPV miliknya.

Video 24 saat itu menunjukkan lelaki berkenaan berkongsi surat saman yang diterima namun tidak menjelaskan kesalahan lalu lintas yang dilakukan.

@remydamak77

Abg Tak Marah Ko dik, ko Hanya Jalankan tugas 👍😒😒#fypシ゚viral

♬ suara asli – Kayu,Jabuk,SaMpiT.kotim – Kayu,Jabuk,SaMpiT.kotim



“Sampai hati encik saman saya, macam mana saya nak bayar saya pergi kerjapun bawa bekal.

“Takpalah encik saya redha, walaupun kita adik-beradik salah tetap salah,” tulisnya.

Menerusi perkongsian itu menunjukkan anggota polis yang menyaman kenderaan tersebut adalah adiknya. Bahkan dia tidak berkecil hati kerana mengakui kesalahan yang dilakukan.

Dalam video itu, lelaki tersebut turut menyelitkan nasihat agar menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab selain berkongsi gambar bersama adiknya. 

Sementara itu, lain pula yang dilihat netizen apabila pemilik akaun menjelaskan kurang berkemampuan untuk membayar saman tetapi kenderaan yang dipandunya merupakan sebuah MPV mewah Toyota Aplhard.

Kebarangkalian kapsyen tersebut hanyalah gurauan dan perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang memuji tindakan anggota trafik berkenaan yang menjalankan tugas dengan amanah.

“Sayapun sama, abang ipar saman, tapi dia bayarkan.”

“Tugas adalah satu amanah..tahniah..jalankan tanggungjawab dengan amanah.”

“First time orang kena saman nampak muka bahagia.”

“Disebabkan kereta putih tu pi kerja bawak bekal dari umahje.”

“Tahniah masih ada insan yang amanah dalam tugas.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here