Pemilik mahu jual Yamaha 125ZR (NOS) pada harga RM26k, netizen ‘sila meninggal’….

6433

Yamaha 125ZR 2-lejang tidak lagi dijual di pasaran tempatan dan pengeluaran model berkenaan dihentikan pada 2017. 

Sebutan ‘one-two-pai’ begitu popular dalam kalangan pengguna lokal dan kapcai tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan anak muda era penghujung 90-an dan awal milenia.



Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) menghentikan pengeluaran kapcai tersebut bagi  mematuhi regulasi emisi yang lebih ketat dan siapa sangka selepas lima tahun vakum di pasaran nilai harga 125ZR meningkat. 

Seorang pemilik 125ZR kondisi serba baharu atau New Old Stock (NOS), berkongsi ingin melepaskan kapcai berkenaan pada harga RM26, 500 secara tunai. Pada imej yang dikongsi juga menunjukkan perbatuan hanya 20km. 

Hantaran yang dikongsi dalam grup Facebook Yamaha 125ZR Market Malaysia itu masih mendapat perhatian dalam kalangan netizen sehingga kini walaupun iklan jualan  dimuatnaik pada Februari lalu.

Bagaimanapun, tidak diketahui adakah kapcai tersebut sudah dipinang kerana tiada kemaskini baharu daripada pemilik.

Yamaha 125ZR berwarna kuning tersebut diperkenalkan pada 2016 dengan harga cadangan RM7,269. Ia dijana oleh enjin 124.3cc yang menghasilkan kuasa 17.16hp @ 8,000rpm dan tork 16.1Nm@7,500rpm. 

Dalam iklan berkenaan, pemilik menjelaskan Yamaha 125ZR berwarna kuning tersebut tidak pernah didaftarkan.

“Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Buka untuk jualan RM26,500 tunai/cash. Yamaha 125ZR untuk dijual harga untuk pemberani dan collector sahaja. Mahal abaikan, jangan kecam,” tulisnya. 

Perkongsian yang masih mencuri perhatian ahli grup itu mendapat pelbagai maklum balas antaranya:

“Barang rare bos, normal laa harga kedai sendiri.”

“Ikut minat masing-masing benda kalau dah minat setakat harga cengitu sekejapje boleh sold. Lain orang lain cara yang banyak kondem tu selalu nak harga murah.”

“Tak tau nak cakap camne..tapi biase original HLY Kelantanje camni.

“Yang beli bukan pemberani tapi bangang.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 
 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here