Jutawan Azlan beli Toyota Fortuner & Proton Inspira buat pekerja, hadiahkan diri dua buah kereta mewah

2765

Usahawan hartanah, Muhammad Azlan Al-Amin berkongsi di akaun Facebook miliknya membeli dua buah Toyota Fortuner, sebuah Proton Inspira dan backhoe buat pekerjanya.

Peneraju syarikat Azlan Al-Amin Group Sdn Bhd itu menghadiahkan kenderaan tersebut bagi menghargai pekerjanya. 



Malah seorang pengguna Facebook bernama Noor Azuan turut meninggalkan komen bersyukur dengan janji yang ditunaikan itu.

“Alhamdulillah tertunai jugak janji abang lan..lima buah kereta cash tuk team, derma 1 juta… amin..,” tulisnya.

Dalam perkongsian tersebut, Azlan menyatakan kesemua kenderaan tersebut dibayar secara tunai tanpa pinjaman sewa beli bank.

“Hari ini selepas anak-anak buah masing-masing dihadiahkan dua biji Toyota Fortuner, sebiji Proton Inspira dan sebiji backhoe sesuai dengan peranan kerja masing-masing, maka saya hadiahkan juga untuk diri sendiri sebuah kereta Jaguar XJL 5.0.

“Perbincangan yang singkat saja untuk membeli empat biji kereta dengan izinNya. Syukur kerana semua pembelian empat biji kereta ini tidak menggunakan apa apa loan dan TANPA HUTANG!.” tulisnya.
 
Beliau juga berseloroh meminta netizen mengabaikan selipar Jepun yang dipakainya ketika urusan membeli kenderaan tersebut. 
 
Namun, setelah selesai urusan pembelian keempat buah kenderaan tersebut tanpa perancangan Azlan melihat sebuah kenderaan yang sekian lama diminatinya iaitu Porsche Cayenne.
 
 
Saya terus panggil salesman dan minta untuk test drive. Lepas test, Alhamdulillah rasa selesa sangat.
 
“Saya terus deal harga untuk bayar tunai tanpa perlu susah payah buat loan bank. MasyaAllah, memang sedap dan selesa kereta Porsche ni. Semuanya milik Allah swt, kita hanya peminjam sahaja!,” kongsinya. 
 

Ini bermakna dalam masa sehari Azlan memborong lima buah kenderaan bagaimanapun harga total yang dibelanjakan tidak tidak dikongsi oleh jutawan itu. 
 
Berdasarkan tinjauan kami di platform online jualan kenderaan terpakai bagi Jaguar XJL 5.0 model 2012 dianggarkan sekitar RM100,000 manakala Porsche Cayenne pula dianggarkan sekitar RM200,000 bagi model 2013.
 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here