Pemilik kongsi enam masalah sepanjang guna Saga (2019), tapi pendingin hawa tiptop!

21737
Proton Saga facelift diperkenalkan pada 2019 yang merupakan versi lebih segar bagi sedan yang debut pada September 2016.
 
Sedan segmen-B itu tiada perubahan daripada segi dimensi melainkan pembaharuan pada beberapa penggayaan luaran serta mekanikal.
 
Terdapat perubahan besar pada trenkuasa namun tidak melibatkan trenkuasa yang mana masih mempertaruhkan enjin 1.3 liter 4-silinder yang menghasilkan kuasa 93.7hp @ 5,750 rpm dan tork 120Nm @ 4,000 rpm.
 

Bagaimanapun Proton tidak lagi menggunakan transmisi CVT yang mana ia digantikan dengan kotak gear 4-kelajuan automatik tork konverter yang diambil daripada Hyundai. 

Sudah tiga tahun di pasaran, seorang pemilik Saga facelift tersebut berkongsi pengalaman pemilikan sedan itu di grup Facebook Proton Saga Community Malaysia

 
Menggunakan akaun Facebook bernama Edy Olut, dia berkongsi pengendalian sedan segmen-A itu adalah terbaik dalam kelasnya.
 
“Ya, benar tuan. Saya pengguna Viva sebelum ini terasa beza pemanduannya. Setanding dengan harga RM60-80k. Ride and handling saya bagi 5/5,” tulisnya di ruangan komen.

 
Dia juga berkongsi pendingin hawa Proton masih sejuk dan ini sememangnya sinonim dengan jenama nasional itu. Bahkan Edy juga memuji penjimatan minyak yang ditawarkan Saga bagi perjalanan jauh.
 
“Pemanduan bandar memang kurang menjimatkan. Kalau long distance terbaik jimat dan performance dia offer,” jelasnya. 
 
Proton Saga varian Premium milik Edy mencapai jarak perbatuan 60,000km bagaimanapun seperti mana pemilik kenderaan lain Edy tidak terlepas daripada isu defek.
 
Berikut senarai masalah yang dihadapi oleh Edy sepanjang pemilikan Saga Premium berkenaan: 
 
1. EGR ( tabung injap): Warranty Claim
– claim : 4 April 2022
– claimed: 18 Ogos 2022
 
2. Sistem modul penggera rosak: Warranty Claim
– claim : 4 April 2022
– claimed: 18 Ogos 2022
 
3. Dua tuil kunci penumpang belakang patah
 
4. Corong aircon penumpang depan patah (reput)
 
5. Mentol kotak gear terbakar
 
6. Modul undur rosak: Warranty Claim
– claim : 16 Ogos 2022
– claimed: 18 Ogos 2022
 
Edy menjelaskan dia terpaksa menunggu baikpulih selesai sehingga lima bulan susulan isu kekurangan alat ganti oleh Proton.
 
Menerusi perkongsian itu, beberapa pemilik turut berkongsi masalah yang dihadapi  antaranya corong pendingin hawa yang mudah patah, tabung injap rosak, parking sensor gagal berfungsi, indikator ‘check engine’ menyala dan lain-lain.
 
Bagaimanapun, pengguna Saga memuji prestasi pendingin hawa Proton yang sentiasa sejuk selain menawarkan pengendalian yang mantap.  
 
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 
 


1 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here