Gara-gara ambil upah RM50, remaja maut dipukul dengan helmet

1328

Hanya kerana mengambil upah RM50 hasil membina rumah daripada pelanggan tanpa pengetahuan majikan, seorang remaja maut akibat dipukul pada kepala di sebuah rumah di Kampung Mentara Lama, Gua Musang, Isnin lalu.

Mangsa yang berusia 16 tahun meninggal dunia di Hospital Kuala Lipis, Pahang kira-kira jam 6.30 pagi semalam selepas hampir 54 jam bertarung nyawa ketika dalam rawatan di hospital berkenaan.

Gambar hiasan

Difahamkan, mangsa dipercayai mengambil upah RM250 daripada pelanggan, namun memaklumkan menerima bayaran pelanggan sebanyak RM200 kepada majikannya.



Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan awal mendapati majikan yang berusia 40 tahun datang ke rumah remaja itu kira-kira jam 12.30 tengah malam Isnin lalu sebelum berlakunya pergaduhan antara mereka. 

Menurutnya, remaja itu dipercayai dipukul oleh suspek dengan topi keledar sehingga abang dan rakannya membawa mangsa untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Merapoh sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lipis. 

“Siasatan awal mendapati, mangsa bekerja dengan suspek sebagai buruh binaan rumah di Mentara Lama. Pergaduhan dipercayai berpunca daripada tindakan mangsa yang mengambil duit upah membuat rumah dari pelanggan tanpa pengetahuan suspek.

“Berang dengan tindakan itu, suspek memukul kepala mangsa dengan menggunakan topi keledar sehingga remaja itu mengalami kecederaan,” katanya yang menyatakan polis menerima laporan mengenai kejadian sekitar jam 12.51 tengah hari, Isnin. 

Suspek  ditangkap dan direman sehingga Selasa depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here