Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports 2022 – Skrin sesentuh TFT, kotak gear DCT lebih lancar, RM117K

990

Boon Siew Honda memperkenalkan versi baharu yang dinaik taraf untuk motosikalnya menerusi model segmen CRF1100 Africa Twin Adventure Sports.

Ia dijual pada harga RM117,888 dan hanya ditawarkan satu warna eksklusif iaitu Pearl Glare White Tricolour.

Ini perbaharuan untuk CRF1100L Africa Twin Adventure Sports versi 2022:

  1. Tampil tetapan Dual Clutch Transmission (DCT) yang diperhalusi untuk pengendalian yang lebih lancar pada gear pertama dan kedua. Ia memudahkan menjadikan permulaan berdiri lebih mudah dan pengendalian kelajuan rendah lebih praktikal. 
  2. Skrin boleh laras 5 peringkat 110mm lebih pendek baharu, meningkatkan keterlihatan tetapi masih menawarkan banyak perlindungan angin dan cuaca. 
  3. Corak grafik ‘Cracked Terrain’ baharu yang menarik.

Rangkaian kuasa

CRF1100 Africa Twin Adventure menggunakan enjin parallel-twin 1,084 cc yang menyalurkan kuasa setinggi 100.6 hp dengan tork mencecah 105 Nm. 



Kuasa itu disalurkan kepada roda menerusi transmisi DCT, sementara aspek tunggangan turut dibantu dengan sistem Honda Selectabile Torque Control (HSTC), unit pengukuran inersia enam paksi (IMU), cornering ABS, Rear Lift Control, dan empat mod tungganan membabitkan Urban, Tour, Gravel serta Off-road.

Selain itu, jentera berkenaan dilengkapi skrin sesentuh TFT 6.5-inci yang boleh disokong dengan Apple CarPlay® dan Android Auto®.

Galeri Gambar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here