MAN Malaysia bakal tawar casis elektrik pada tahun depan

708

MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd (MAN Malaysia), pengeluar kenderaan pertama di Malaysia yang menawarkan enjin Euro V sebagai standard untuk keseluruhan rangkaian traknya, sekali lagi mempamerkan keunggulan dan komitmennya terhadap kelestarian alam, kali ini dengan rangkaian casis bas.

Berucap di MAN BAGUS, acara tahunan bersama peserta utama dalam industri bas di kilang pemasangannya di Serendah, Pengarah Urusan MAN Malaysia, Andrew O’Brooks, mengumumkan bahawa syarikat itu akan memperkenalkan enjin pelepasan rendah Euro V sebagai opsyen pada 2023 dalam usaha membantu syarikat bas mengurangkan karbon.



Buka tempahan casis elektrik

Menurutnya, menjelang tahun depan, pihaknya juga berharap mula menerima tempahan untuk casis elektrik (e-casis) MAN. 

“Namun ia bergantung kepada infrastruktur pengecaj-EV yang kami harap akan menjadi tumpuan utama kerajaan. 

Menurutnya, pengenalan enjin Euro V dan e-casis pasti akan membezakan rangkaian produk bas MAN, yang memang dikenali dari segi kualiti, kebolehpercayaan, keserbabolehan dan fleksibiliti,” katanya.

O’Brooks turut melahirkan keyakinan bahawa pengendali bas di Malaysia akan berpandangan jauh untuk menyertai usaha kemampanan seperti rakan mereka dalam sektor pengangkutan dan logistik yang tidak ragu-ragu memilih MAN Truck Generation Baharu dengan enjin Euro V untuk barisan kenderaan mereka.

Bas elektrik MAN ini berjaya menjelajah kira-kira 2,500 kilometer

Di majlis tersebut, MAN Malaysia mengambil peluang untuk mengeratkan hubungan dengan pengendali bas dan berkongsi maklumat mengenai perkembangan global, selain berkongsi kejayaan MAN dalam membangunkan penyelesaian elektro-mobiliti bagi sektor pengangkutan awam seperti MAN Lion City E.

MAN Lion City E yang memulakan perkhidmatan di beberapa bandaraya di Eropah juga berjaya membuktikan kemampuannya dalam perjalanan jarak jauh.

Bas elektrik MAN ini berjaya menjelajah kira-kira 2,500 kilometer dari Munich di Jerman hingga ke Limerick di Ireland dalam Program Electrifying Europe Tour yang berlangsung daripada 29 April hingga 8 Mei 2022. Kejayaan ini membuktikan keupayaan dan kebolehpercayaannya yang luar biasa.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here