“Biar anak menangis bukan kita,” ibu kongsi pengalaman terlibat kemalangan

1041

Kerajaan mewajibkan penggunaan kerusi kanak-kanak bagi semua kenderaan persendirian bermula 2020. Usaha itu bagi mengurangkan kadar kematian kanak-kanak dan bayi akibat kemalangan.

Sebelum pelaksanaan berkuatkuasa, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 525 notis peringatan kepada pemandu yang tidak memasang kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) pada tahun pelaksanaan. 



Walaupun sekadar pencegahan dan memberikan khidmat nasihat dan bukan penguatkuasaan secara langsung, angka itu menunjukkan tahap kesedaran dalam kalangan ibu bapa tentang kepentingan menggunakan CRS masih rendah.

Sehingga kini tahap kesedaran dalam kalangan penjaga masih rendah. Di jalan raya kita masih lagi boleh melihat anak kecil yang duduk di bahagian tengah antara pemandu dan penumpang depan selain ibu meribakan anak kecil.

Menurut perkongsian Facebook Public Health Malaysia, seorang pengguna berkongsi pengalaman CRS yang menyelamatkan anak-anaknya ketika kemalangan.

“Nasib anak-anak saya berubah sebab car seat. Walaupun kami berhati-hati, jika nak kemalangan, tetap tidak dapat dielakkan. Tetapi kita boleh meminimumkan risiko.
 
“Pada 2 Julai yang lalu, kami sekeluarga mengalami kemalangan jalan raya. Sebuah trak pikap melanggar belakang sebuah kereta sedan putih dan sedan putih itu melanggar kami dengan kuat,” kongsi ibu berkenaan.
 
Ketika kejadian turut bersama seorang anak perempuan berusia tiga tahun dan anak lelaki berusia lapan bulan yang diletakkan dalam CRS.
 
Walaupun hentakan yang kuat anaknya masih berada dalam CRS dan tidak tercampak ke depan.
 
“Walaupun badan anak lebih kecil, dia tetap tidak terlepas dari car seat. Saya berharap setiap ibu bapa ambil perhatian serius tentang pentingnya car seat. Kami sangat bertuah kerana anak kami selamat.
 
“Kami mungkin tidak akan bernasib baik jika anak tidak duduk dalam car seat. Sekarang ini, kerusi kereta tidak begitu mahal sehingga kita tidak boleh membelinya. Siap ada subsidi dari kerajaan,” katanya. 
 
Sementara itu, kerajaan mengumumkan subsidi sebanyak RM150 subsidi untuk CRS bagi Bajet 2022. Kerajaan akan memberi subsidi sebanyak 50 peratus atau sehingga RM150 untuk keluarga B40 untuk membeli CRS. 
 
Inisiatif meningkatkan keselamatan nyawa kanak-kanak dalam kenderaan itu melibatkan peruntukan sebanyak RM30 juta yang boleh dinikmati kira-kira 188,000 keluarga golongan B40.
 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here