Tengah selamatkan kereta hanyut banjir, muncul ular python….

966

Beberapa kawasan di India mengalami hujan lebat dan menyebabkan beberapa kawasan rendah dinaiki air.

Penduduk bandar Chunkappara di daerah Pathanamthitta terjaga susulan air sungai melimpah sehingga ke jalan raya. 



Situasi itu menyebabkan kenderaan dihanyutkan air banjir dan menerusi video yang dikongsi Mathrubhumi News di YouTube menyatakan penduduk setempat tidak bersedia dengan situasi banjir kilat berkenaan.

Sebuah SUV milik warga tempatan yang diparkir hilang dibawa arus banjir. Pemilik hanya menyedari keretanya hilang pada pagi dan memulakan pencarian bersama rakan-rakannya.

Dia mendapati SUV putih itu tersangkut di sungai berhampiran dan meminta bantuan untuk mengeluarkan kenderaannya. 

SUV itu tersangkut di tepi sungai dan ketika mereka menyelamatkan kereta salah seorang penduduk tempatan ternampak seekor ular sawa di atas salah satu pokok. Menurut laporan itu, panjangnya hampir enam kaki. 

Namun, ular itu menjalar melalui pokok tinggi yang menghalang orang ramai daripada menangkapnya. Selepas haiwan itu bersembunyi ke dalam semak berhampiran, orang ramai kembali menyelamatkan SUV itu.

Selepas beberapa jam, Python berkenaan muncul kembali di semak berhampiran jalan raya. Salah seorang penduduk tempatan yang berpengalaman menangkap ular menangkap haiwan berkenaan dan usaha menyelamatkan kenderaan tersebut tergendala seketika.

Orang ramai mula memberi perhatian kepada pemuda yang menangkap ular berkenaan. Tidak lama kemudian SUV itu diangkat dari sungai dan ular tersebut diserahkan kepada jabatan hutan.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here