Ferrari F50 Mike Tyson dilelong, harga RM24.8 juta

2308

Mike Tyson ingin menjual Ferrari F50 (1996) miliknya menerusi lelongan Gooding & Company di Pebble Beach. Supercar itu bernilai antara AS4.5-AS5.5 juta (RM20.3 juta-RM24.8 juta).

Supercar berkenaan dikeluarkan sebanyak 349 unit seluruh dunia yang mana pasaran   Amerika Syarikat menerima 55 unit sahaja. 



Model ‘rare’ berkenaan dijana oleh enjin 4.7-liter dengan kuasa 513hp @ 8,500rpm yang mana pecutan 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 3.6 saat dengan kelajuan maksimum  325kmj. 

Lebih menarik model buat pengumpul kenderaan itu juga hanya merekodkan perbatuan 10,000km dan kali terakhir diselenggara oleh Ferrari of Fort Lauderdale tahun ini. 

Warna badan menggunakan semburan cat signatur Rosso Corsa (Racing Red). Supercar milik Mike Tyson itu dihantar pada 1996 oleh Ferrari North America ke Beverly Hills Sports Cars sebelum diserahkan kepada peninju legenda itu.

Model dengan casis 104220 itu dimiliki oleh Tyson sehingga 2001 sebelum dijual kepada pengasas bersama Infospace Kevin Marcus. 

Sepanjang dua dekad berikutnya, kereta itu sudah berpindah banyak tangan pengumpul kereta.

Pada Mei tahun ini, pemilik menghantarnya kepada Ferrari Fort Lauderdale bagi menjalani servis utama termasuk pemasangan klac dan tayar baharu serta penyelenggaraan suspensi dan pendingin hawa.

Panel dalaman Alcantara juga dibaikpulih yang mana pemilik menghabiskan sekitar AS75,000 (RM337, 762) sepanjang tempoh enam bulan yang lalu.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here