Pelajar baru lulus ujian memandu maut kemalangan

1896

Kegembiraan seorang pelajar lulus ujian lesen memandu jenis P tidak berpanjangan selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori di Jalan Tanjung Minyak, Melaka.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, Nur Imran Musa, 16, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata sebelum kejadian mangsa yang menunggang motosikal Benelli dalam perjalanan dari Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) ke arah lampu isyarat Tanjung Minyak.



“Ketika melalui kawasan depan sebuah pasar raya, mangsa yang cuba memasuki laluan dua lorong ke satu lorong telah bergesel dengan lori jenis Mitsubishi,” katanya.

Akibat pelanggaran itu, mangsa terjatuh dari motosikalnya dan maut. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.

Pemandu lori, Mohd Kama Amar Mohd Dan, 35, pula tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here