Wanita maut, bayi 12 bulan cedera parah Alza dipandu bertembung lori tangki mintak

2028

Seorang wanita maut manakala bayinya yang berusia 12 bulan cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah lori tangki minyak di KM83, Kampung Bintang, Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu, Setiu, petang semalam. 

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata mangsa Fatin Hazlin Dahlia Mazlam, 30 yang memandu Perodua Alza meninggal dunia di lokasi kejadian manakala suaminya Mohd Lekman Zakaria, 36 mengalami cedera ringan.



Mangsa adalah ibu kepada Sayyid Uwais Al-Qarni Mohd Lekman atau Adam, bayi yang dilahirkan dengan otak di luar tempurung kepala yang mendapat liputan meluas media tahun lalu.

Tiga anak pasangan berkenaan, Sayyid Uwais Al-Qarni Mohd Lekman,1, cedera parah, Nur Qaireen Luffiya Mohd Lekman, 5, patah peha kiri dan Sayyid Lutfi Mohd Lekman, 7, patah tangan kiri.

Sementara seorang  lagi penumpang Alza, Muhammad Arsyad Syahiran Mohd Agil, 9, cedera parah.

Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku ketika lori tangki minyak dalam perjalanan dari arah Chiku, Gua Musang, Kelantan menghala ke Kuala Terengganu.

“Manakala Perodua Alza dipandu dari arah Manir, Terengganu menghala ke Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan.

“Apabila sampai di tempat kejadian pemandu Alza hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan lori tangki minyak,” katanya. 

Mangsa dihantar ke Hospital Setiu untuk rawatan lanjut manakala pemandu lori tangki tidak mengalami sebarang kecederaan. 

“Ketika kejadian permukaan jalan raya kering dan lurus. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here