Guan Eng: PH akan hapus tol jika menang PRU15

1796

Pakatan Harapan (PH) sedia memansuhkan tol di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) jika diberi mandat membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15.

Memetik laporan China Press, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, ketika menerajui kerajaan selama 22 bulan, PH berjaya mengurangkan bayaran tol sebanyak 18 peratus.

Menurut bekas Menteri Kewangan itu, PH boleh menghapuskan tol lebuh raya itu jika diberikan tempoh mentadbir selama lima tahun.



Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam satu majlis makan malam di Jelapang pada malam Ahad.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here