Konvoi motor pelajar sekolah tendang nenek bikin geram netizen

519

Di negara jiran tular sebuah video yang menunjukkan sekumpulan konvoi pelajar sekolah menendang seorang nenek yang berada di tepi jalan.

Kejadian berkenaan dipercayai berlaku di Jalan Lintas Panompuan, Angkola Timur, daerah Tapanuli Selatan, Sumatera Utara.

Dalam video itu menunjukkan sekumpulan pelajar sekolah yang memakai baju pengakap   sedang konvoi tiba-tiba berhenti lalu menghampiri seorang nenek tua yang membawa karung plastik. 

Salah seorang pelajar hendak turun dari boncengan lalu seorang pelajar secara tiba-tiba menendang nenek berkenaan.

Setelah melakukan aksi biadab itu, mereka ketawa dan meninggalkan kawasan. Konvoi seramai tujuh orang itu menggunakan empat buah motosikal.

Jom Baca:   Untung! diesel percuma 100,000KM buat pemilik Mitsubishi Triton ke-100,000

Susulan video yang tular, pelajar berkenaan ditahan pihak polis Tapanuli Selatan atas kesalahan kekerasan dan ibu bapa kesemua pelajar berkenaan menyampaikan permohonan maaf. 

Situasi itu mengundang kemarahan netizen Indonesia yang tidak berpuas hati dengan tindakan pelajar sekolah berkenaan. 

“Udah cukup geram liat tingkah anak sekolah zaman sekarang, kemarin ngebully temannya, sekarang nenek tua, makin kesini bukan makin terdidik, malah bikin onar.”

“Ga ada akhlak, mudah-mudahan Allah kasi teguran.”

“Kasi pelajaran yang buat mereka kapok, penjara sekalian. Udah jangan dibelain anak kaya gitu.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here