Pesawat Boeing 737 bawa pasukan Poland diiring jet F-16

1095

Pasukan bola sepak ini memiliki cara luar biasa terbang ke Piala Dunia FIFA (2022). Baru-baru ini, pesawat Boeing 737 membawa pasukan bola sepak kebangsaan Poland diiringi dua buah jet pejuang F-16 menuju ke Qatar.

Video yang dirakamkan pemain pasukan berkenaan menjadi tular. Terutamanya, video dan gambar yang disiarkan di akaun Twitter rasmi pasukan bola sepak Poland yang ditonton berjuta kali.



Sebuah lagi video yang dikongsi akaun Twitter Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Poland, Lukasz Wachowski menunjukkan salah seorang juruterbang jet pejuang melambai ke arah pesawat sebagai tanda sokongan kepada pasukan tersebut. 

Mengapa pesawat tersebut perlu diiringi jet pejuang tentera?, ini kerana Poland berada dalam persekitaran yang tegang kerana negara itu berkongsi sempadan dengan Ukraine dan Rusia yang kini masih dalam konflik selama sembilan bulan.

Selain itu, pada 15 November dua peluru berpandu tersasar ke sebuah bandar di Poland, menyebabkan kematian dua orang awam. Menurut siasatan awal, artileri antipesawat Ukraine telah menembak dua peluru berpandu untuk mempertahankan diri daripada pengeboman Rusia.

Bagaimanapun, sesuatu telah berlaku dan kedua-dua peluru berpandu itu tersasar mengenai bandar Poland Przedwodow.

Pada 2014, peluru berpandu menyebabkan kehilangan tragis pesawat Malaysia Airlines MH17 ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, menyebabkan kematian 298 orang.

Memandangkan pasukan bola sepak kebangsaan yang terbang ke acara sukan di seluruh dunia mewakili sasaran utama untuk serangan ketenteraan, adalah dianggap perlu untuk mengiringi Boeing 737 semasa terbang di atas Poland.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here