Pemilik kereta mewah, ini 5 sebab kena guna tayar Goodyear Assurance ComfortTred

825

Goodyear Malaysia melancarkan tayar Assurance ComfortTred, sebuah produk di bawah portfolio Assurance yang direka khas untuk kenderaan mewah. 

Menampilkan gabungan teknologi canggih serta corak bunga yang sofistikated, rekaan berfokuskan pengguna Assurance ComfortTred in memberikan pengalaman pemanduan yang premium dan membawakan tahap ketenangan baharu tanpa batas.

Ini kelebihan Assurance ComfortTred yang anda perlu tahu

  1. Guna Teknologi ANXTM, Assurance ComfortTred membawakan pengalaman memandu yang lebih senyap di jalan raya. 
  2. Direka dengan lapisan tambahan untuk pembatalan bunyi dan getaran yang dibina menggunakan kompaun termaju Goodyear, tayar itu mempunyai penebat kukuh yang menghalang bunyi golekan.
  3. Rekaan corak tertutupnya juga membantu mengurangkan bunyi pengepaman udara, manakala bilangan blok bunga kecilnya yang tinggi menghasilkan daya impak lebih rendah, seterusnya meningkatkan prestasi pengurangan bunyi.
  4. Selain daripada pemanduan yang selesa dan senyap. Assurance ComfortTred juga memastikan keselamatan dari mula sehingga akhir pemanduan dari segi cengkaman jalan basah serta jarak brek yang lebih pendek. 
  5. Kompaun bunga tayar generasi baharu in menampilkan jumlah silika dan resin yang tinggi untuk cengkaman tambahan. Ia menyediakan peningkatan modulasi kepada permukaan jalan, seterusnya memberikan sentuhan jalan dan pemindahan air yang lebih baik.



Sementara itu, Pengarah Urusan Goodyear Malaysia, Alex Ng berkata, Assurance ComfortTred adalah produk baharu yang dicipta khas untuk kenderaan mewah.

”Kami percaya bahawa Assurance ComfortTred adalah penyedia keselesaan sebenar yang membolehkan kenderaan menjadi sebuah ruangan senyap kepada penumpangnya untuk berehat, menenangkan fikiran, dan berkongsi saat istimewa dengan mereka yang tersayang,” katanya.

Assurance ComfortTred akan tersedia dalam 12 saiz di Malaysia. Ia merupakan tayar yang sempurna untuk kenderaan mewah, baik gasolin mahu pun elektrik, termasuklah Mercedes-Benz E-Class, Audi A6, serta pelbagai lagi model kenderaan mewah di Malaysia.

Ini saiz tayar Goodyear Assurance ComfortTred yang tersedia membabitkan:

  • Rim 16 inci – 215/55R16, 215/60R16
  • Rim 17 inci – 215/50R17, 215/55R17, 225/45RR17, 225/50RR17, 225/55RR17, 245/45RR17
  • Rim 18 inci – 225/45RR18, 235/45RR17, 245/45RR17
  • Rim 19 inci – 245/45RR17

Harga untuk tayar, anda boleh klik di pautan ini www.goodyear.com.my

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here