
Edaran Modenas Sdn Bhd (Emos) memperkenalkan model Modenas Ninja 250 Öhlins Edisi Terhad.
Berbanding model sedia ada sportbike ini dipasang dengan suspensi belakang Öhlins jenis KA 744, STX 36 Supersport boleh laras yang turut didatangkan dengan jaminan waranti penuh dari pengilang.
Bagaimanapun bahagian kosmetik dan mekanikal masih kekal sama. Edisi terhad sebanyak 180 unit itu hanya ditawarkan pada model Ninja 250 tanpa ABS.
Harga jualan Ninja 250 Öhlins Edition adalah RM20,500 (tidak termasuk insuran dan cukai jalan) dengan waranti pengilang 2 tahun atau 20,000km (mana-mana dahulu).
Modenas Ninja 250 Öhlins edisi terhad dijana enjin 249cc yang menghasilkan kuasa 36.9hp @ 12,500rpm dan tork 23Nm @ 10,000rpm.