Modenas Ninja 250 ABS dan Z250 ABS dapat penarafan lima bintang MyMAP

918

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) mengumumkan bahawa dua modelnya membabitkan Modenas Ninja 250 ABS dan Z250 ABS menerima penarafan lima bintang daripada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) di bawah Program Penilaian Motosikal Malaysia (MyMAP).

MyMAP memberi penarafan lima bintang kepada kedua-dua model itu selepas menjalani proses penilaian dan audit yang dilalui MODENAS pada Oktober 2022 lalu.



Program MyMAP adalah sebuah usaha terus kerajaan untuk menaik taraf tahap keselamatan motosikal di Malaysia dengan mengintegerasi teknologi dan fungsi keselamatan baharu pada motosikal berkapasiti rendah. 

Program MyMAP ini dibentuk berlandaskan pengalaman MIROS dalam membangunkan Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) yang turut mempunyai sistem penilaian yang sama seperti NCAP. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan berkata, kedua-dua model itu adalah motosikal pertama yang menerima penarafan 5 bintang MyMAP bagi segmen Naked Bike dan Sports Bike bersasaran 250cc. 

“Dengan itu, kami amat berharap pembeli akan lebih cakna dalam membuat keputusan ketika membeli motosikal dan lebih mementingkan teknologi keselamatan yang ditawarkan pada setiap motosikal mereka. 

“Selain itu, kami di MODENAS akan terus mengaplikasi lebih banyak ciri keselamatan pada model-model kami yang lain,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here